Goreng Pisang Lemak Rangup
Goreng Pisang Lemak Rangup

Goreng Pisang Lemak Rangup

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, hari ni ros nak kongsikan resepi adunan untuk menggoreng pisang, adunan ni sangat istimewa sebab di campur dengan kelapa kering, bila makan tu, terasa akan lemak kelapa dan kerangupan nya, sebab ros guna tepung beras, tapi adunan ni kena cair sedikit daripada adunan pisang goreng yang selalu kita buat tu, biar lebih rangup dan paling penting ia tidak meresap minyak apabila digoreng, resepi ade kat bawah ni ye.

Adunan Pisang Goreng Lemak Rangup
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

3 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 senduk kelapa kering ( nak ganti dengan kelapa parut pun boleh)
1\2 biji telur
sedikit air
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
beberapa biji pisang nangka

Cara-caranya

1. Semua bahan di masukkan di dalam bekas adunan, kecuali pisang dan air, gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan pisang goreng ni, cair sedikit, tidak terlalu pekat.

2. Setelah semua nye sebati masukkan pisang nangka yang telah dipotong dua, kacau sehingga adunan tepung meliputi pisang, goreng hingga ke-emasan, angkat dan sedia untuk dihidangkan, sangat sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak ganti pisang nangka ni dengan sukun, tempe atau cempedak pun boleh, dan baki adunan ni juga boleh juga digoreng sehingga garing, anak-anak pasti menggemarinya.

Goreng Pisang Lemak Rangup
Goreng Pisang Lemak Rangup
Goreng Pisang Lemak Rangup
Goreng Pisang Lemak Rangup