Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)
Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)

Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, muffin pandan delight ni adalah salah satu resepi ros yang terdapat dalam Majalah MIDI keluaran Ogos 2012, resepi ni tak pernah ros publish lagi dekat blog bukan sekadar masakan, resepinya cukup ringkas dan mudah untuk dibuat, topping nye pula boleh tukar pada ape jua topping kegemaran anda nak letak cream cheese ke, butter cream ke pun boleh. Nanti bila raya boleh try buat ya, harum, lemak, manis semua ade, anak-anak pun suke, resepinya boleh rujuk di bawah ya, Selamat Mencuba.

Muffin Pandan Delight
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3 biji telur
sedikit pewarna hijau
sedikit esen pandan

*sedikit coklat urai sebagai taburan*
* acuan muffin kertas secukupnya*

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, baking powder, kemudian asing putih dan kuning telur, dengan menggunakan mixer, pukul putih telur dan separuh kuantiti gula hingga kental ( menjadi meringue), pastikan putih telur betul-bentul kental.

2. Kemudian pukul pula kuning telur bersama baki gula, pukul hingga kuning telur kembang, masukkan minyak masak, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukkan santan, pewarna hijau, dan esen pandan, satukan putih telur dalam bahan adunan tepung, kacau rata. Gunakan kaedah kaup balik.

3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin kertas , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan coklat ura,i bakar pada suhu 180darjah selama 25 minit ke 30 minit, atau sehingga pemukaan menjadi agak perang, angkat dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak buat dala acuan kek pun boleh, gandakan bahan-bahanya nya ya, dan jika tidak mahu terlalu manis, boleh juga kurangkan kuantiti gulanya, dan muffin ni lagi harum jika kita toppingkan dengan kelapa parut kering.

Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)
Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)
Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)
Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)
Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)
Muffin Pandan Delight ( Majalah MIDI)
Advertisement