Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine

Mi Udang Pasta Linguine

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, antara menu mi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga, selain mi kari nyonya ialah mi udang, kali ni ros tak guna spaghetti, ros guna pasta linguine sebagai bahan utama, saje nak menerai, sedap juga rupanya, pasta nye agak lebar, macam kuetiaw, bila makan tu kenyal lah, resepi same je dgn mi udang sebelum ni, nak rujuk resepi bawah ni pun boleh, lagi satu, ros juga selalu jadikan menu mi udang ni didalam majlis makan-makan yang selalu ros buat kat rumah ni, alhamdulillah semua suke.

Mi Udang Pasta Linguine
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannye

300gram Pasta Linguine
350 gram udang saiz sederhana
sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe) boleh diganti dengan sedikit udang kering
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan atau chikuwa ( jejari ikan jepun)
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat sawi ( kalau guna kangkung lagi sedap)
2 biji telur rebus
bawang goreng
sedikit tauge

Caranye

1. Mula-mula asingkan isi dan kulit udang, kulitnya dicampur dengan 1 cawan air dan direbus sebentar hingga mendidih, untuk dijadikan stok, tapiskan air stok tadi dan ketepikan, kemudian ambil separuh isi udang dan campurkan dengan sedikit air, kisar halus dan ketepikan, seleps itu blender pula bawang besar, belacan dan bawang putih kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kacau selalu.

2. Setelah bahan tumis garing masukkan, isi udang yang dikisar tadi, air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. Masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, pastikan kuah naik minyak dan gunakan api yang perlahan bagi mereneh kuah, takut nanti santan pecah minyak dan kuah menjadi cair. pastikan di kacau selalu.

3. Rebus pasta linguine seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam serta beberapa titik minyak masak dalam air rebusan. angkat dan toskan.

4. Celur sawi dan tauge, kemudian rebus telur serta baki isi udang hingga masak, setelah semua bahan sedia, cara penyediaanya, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian atur udang, sawi, telur rebus, tauge diatas permukaan pasta linguine dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, kemudian curahkan kuahnya, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: Nak tambah dengan hirisan cili padi pun boleh, lagi pedas sikit rasanya…sedap dinikmati sebagai meu minum petang atau dihidang di majlis-majlis istimewa.

Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine
Mi Udang Pasta Linguine