Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak

Sumber resepi: tq77 myresipi.com

Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu) ( ni ros tak letak)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asaam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) ( ni tak letak pun takpe)

Cara-cara

1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.

2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba

4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

( cara ros, kunyit hidup, cili padi, bawang kecil dan tempoyak tu, ros blender dengan secawan air, tapi ros akan pastikan lada tidak terlalu halus dikisar).

Nota: Kalau nak ganti ikan patin ni dengan ikan baung pun boleh, sedap juga, dan nak letakkan dua tiga biji belimbing buloh pun boleh.

Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak