ebi to renkon no hasami age
ebi to renkon no hasami age

ebi to renkon no hasami age

maksud resepi kat atas tu lebih kurang macam nilah, akar teratai goreng berlapis bersama udang, step masakannye agak banyak tapi bila dah buat senang je, rasanya sedap, rangup dan manis je udang tu bila makan dengan nasi, resepi ade kat bawah ni ye : )

Bahan-bahanya ( sumber resepi buku masakan udang jepun)

6-7 ekor udang saiz sederhana
1 sudu kecil katakuriko ( tepung kentang)
150gram lotus roots ( di potong 8 bahagian leibh kurang 5-6mm setiap keping)
garam
sedikit tepung gandum
sedikit minyak masak

Cara-caranya
1. Udang di buang kulit dan cincang halus, kemudiang masukkan 1 sudu kecil katakuriko dan sedikit garam, ketepikan.

2. lotus roots disalut dengan tepung gandum, ambil sedikit isi udang tadi dan letakkan di atas kepingan lotus roots, kemudian letakkan sekeping lagi lotus roots dan tekan perlahan, ulang langkah tadi sehingga isi udang dan kepingan lotus roots habis.

3. Panaskan minyak, dan goreng hingga perang (deep fry) , masa gorengan lebih kurang 5 minit sahaja, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Boleh juga titiskan beberapa titik jus lemon sebelum di makan. : )

ebi to renkon no hasami age
ebi to renkon no hasami age
ebi to renkon no hasami age
ebi to renkon no hasami age
Advertisement