
Roti Puri Kembung
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye
180gram tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
35gram marjerin
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
90ml air
-minyak untuk menggoreng
( tambah 1 sudu besar minyak masak ketika menguli dan setelah adunan menjadi doh)
sebagai pencicah untuk roti puri
kuah kari ayam @ sambal tumis ikan bilis
Cara-caranya
1. Di dalam bekas adunan, campurkan tepung gandum, garam, gula dan baking powder, kacau sebati menggunakan sudu, kemudian masukkan marjerin dan gaul sehingga tepung dan marjerin mesra.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, setelah menjadi doh tambahkan 1 sudu besar minyak masak, uli lagi sehingga doh menjadi lembut dan permukaan agak licin, tapi tak perlu elastik sangat. Masa menguli lebih kurang 7 ke 8 minit.
3. Perap adunan selama 30 minit, kemudian bahagi doh pada 12 ke 14 bebola kecil dan terap nipis menggunakan penggelek doh, panaskan minyak dan goreng roti puri satu persatu, pastikan gunakan api yang tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat, kiranya api sederhana lah.
4. Pastikan roti puri tenggelam di dalam minyak panas dan tunggu sehingga roti puri kembung baru diterbalikkan ke bahagian satu lagi, goreng sehingga ke dua-dua bahagian perang.
5. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, gunakan tisu dapur yang untuk serap minyak tu, toskan satu-satu supaya roti puri tidak terlalu berminyak, sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama kuah kari ayam atau pun sambal bilis kegemaran anda. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak buat banyak sila gandakan bahan-bahan di atasnya dan sedap dimakan bersama keluarga tersayang.






