Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun

Cream Stew ala Jepun

Ros kongsikan dengan semua resepi stew cara jepun ni ya, rasa yang creamy dan cheesy, sedap dimakan bersama roti putih atau butter rolls, nak buat pun senang je, ala2 guratan juga sebab ade white sauce, pada yang nak kelainan, boleh cuba resepi ni ye, anak-anak pasti suka kanye.

Japanese Cream Stew ( with smoked chicken thigh)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye

150gram smoked chicken my halal ( thigh) ( nak guna daging ayam boneless yang biasa tu pun boleh)
3 biji kentang
1 batang lobak merah
1/2 pokok brokoli
1/4 biji bawang besar
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar butter
sedikit garam

untuk sos putih
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
250ml susu segar
1 sudu besar serbuk pamersan cheese

cara-caranya

1. Potong dadu bawang besar, carrot, kentang, ketepikan kemudian potong sederhana (hito kuchi) smoked chicken @ daging ayam segar bahagian peha boneless.

2. Kemudian di dalam periuk, satukan tepung gandum dan susu segar serta sebuk parmessan cheese, kacau sebati, masak sehingga agak likat,selepas itu masukkan butter kacau selalu supaya tidak berketul, setelah white sauce pekat, angkat dan ketepikan.

3. Selepas itu di dalam periuk yang berlainan, masukkan 2 sudu butter, tumis hirisan bawang besar yang dipotong dadu dan masak sehingga bawang keperangan, kemudian masukkan smoked chicken@ daging ayam, carrot dan kentang, gaul sebati dan kacau beberapa minit.

4. Selepas itu masukkan 2 cawan air dan biarkan kuah mereneh seketika, setelah kuah mendidih masukkan pula kiub pati ayam, kacau sebati, masak sehingga kentang dan carrot empuk. Sementara menunggu carrot dan kentang empuk, potong brokoli pada bahagian kecil dan rebus sehingga empuk, angkat dan toskan airnya.

5. Setelah kentang dan carrot empuk, baru masukkan white souce ke dalam periuk tadi, kacau white souce perlahan dan pastikan sebati, kuah stew akan menjadi pekat, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam.

6. Akhir sekali masukkan brokoli yang direbus tadi, kacau beberapa minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas bersama roti atau butter rolls. Selamat Mencuba.

Nota: jika mahu toppingkan stew dengan sedikit pasley kering pun boleh dan boleh gantikan ayam dengan scallop atau bebola daging, semuanya mengikut selera masing-masing ya.

Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun
Cream Stew ala Jepun
Advertisement