Spaghetti With Shrimp and Basil Sauce
Spaghetti With Shrimp and Basil Sauce

Spaghetti With Shrimp and Basil Sauce

-resepi olahan sendiri, agak-agak je bahan dia tu, janji ade rupa macam dalam pamplete pizza tu.

Bahan-bahanya

2 ikat spaghetti
6 ekor udang sederhana
8 helai daun basil
2 biji bawang putih
80ml susu segar ( nak guna fresh cream pun buleh)
sedikit lada sulah
sedikit Oregano
2 sudu besar olive oil

Caranya.
1. Rebus spaghetti mengikut masa yang ditetapkan- arahan pada paket-

2. Buang kulit udang, dan kulitnya dijadikan stok, masukkan 1\2 cawan air dan rebus sebentar.

3. Blender daun basil bersama air stok udang dan satu biji bawang putih hingga hancur.

4. Selepas itu, panaskan 1 sudu besar olive oil dan saute udang sehingga perang, angkat dan ketepikan. Di dalam fry pan yang same, masukkan 1 sudu besar lagi olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau.

5.Curahkan bahan yang diblender tadi dan kacau sebati, setelah agak mendidih baru masukkan susu, masak hingga agak pekat, boleh juga campurkan sedikit cheese powder ( parmesan cheese), sesuaikan rasa, masukkan lada sulah, oregano dan garam, akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus tadi dan kacau sebati. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah.

6. Angkat dan hidangkan di atas pinggan, hias sengan udang dan daun basil.Titiskan juga sedikit olive oil. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba kawan-kawan.

Nota: Spaghetti Basil ni ade aroma nye yang tersendiri, ros suke sbb rasa yang lain daripada spaghetti biasa yang selalu ros buat, baunye pun harum je.

Spaghetti With Shrimp and Basil Souce
Spaghetti With Shrimp and Basil Souce
Spaghetti With Shrimp and Basil Souce
Spaghetti With Shrimp and Basil Souce
Advertisement