Roti Putchi Kentang
Roti Putchi Kentang

Roti Putchi Kentang

Bahan-bahan ( menghasilkan lebih kurang 10 biji bun )

200 gram tepung roti
4 gram yis ( lebih kurang 1 sudu kecil)
80 ml air suam
1/2 sudu kecil garam
30 gram gula
40 gram butter atau marjerin
1/2 biji telur

*untuk inti kentang*
* 1 biji kentang direbus dan dilecek+ 1 sudu besar mayonis dan sedikit lada sulah.

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan.

2. perap sehingga naik dua kali ganda, kemudian tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagi doh pada 10 bahagian kecil dan biarkan 8 atau 10 minit.

3 bentukkan doh bentuk bujur dan hiris tengah-tengah doh dengan pisau dan isikan inti kentang tadi. Taburkan sedikit oregano atau pun hirisan daun pasli. biarkan selama 40 minit baru dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit ataupun sehingga permukaan roti menjadi perang.

4. Boleh juga dibentuk bulat, letak isi kentang dan gunting permukaan atas doh ( bentuk X)

5. Sejukkan atas redai dan amat sesuai sebagai breakfast ataupun minum petang. Selamat Mencuba

Nota: Inti dia tu kalau nak tukar pakai inti lain pun boleh, tukar dengan serunding ke, jagung letak mayonis ke, nak letak sosej dgn mix vegatable pun ok gak..kena tukar nama bun lah kalau ganti inti dia tu hihihi : )

Roti Putchi Kentang
Roti Putchi Kentang