
Puding Roti Nenas
Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, seperti yang dijanjikan hari ni ros nak berkongsi cara buat puding roti nenas, ros suke rasa nye yang masam-masam manis tu, makan banyak pun tak perasan, puding ni kalau makan dengan sos custard lagi sedap rasanya, tapi ros hari tu tak buat, kalau nak buat pun boleh tau, topping aja bila nak makan nanti. Resepi dan cara-cara ade di bawah ni ye, Selamat Mencuba.
Puding Roti Nenas
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
1/2 tin Nenas ( isi nenas dan air syrup asingkan, isi nenas di potong kecil-kecil)
3 keping roti putih
2 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
10gram serbuk agar-agar
500ml susu segar atau susu sejat
300ml air
200ml air syrup dlm tin nenas
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
sedikit coklat syrup ataupun sos coklat sebagai hiasan, ( untuk dilorek atas puding nnt)
cara-caranya
1. Mula-mula masukkan serbuk agar-agar dan 300ml air di dalam periuk dan kacau sebati, setelah agak mereneh masukkan pula air syrup nenas dan gula, kacau lagi, pastikan gula larut.
2. Di dalam blender, kisar halus, roti, susu segar, 1 biji telur dan tepung kastard, pastikan semuanya hancur dan sebati, kemudian curah bahan yang dikisar tadi didalam periuk agar-agar. Kacau selalu dan jangan tinggal, supaya tidak berketul dan hangus di bawahnya.
3. Setelah agak pekat, baru masukkan isi nenas yang dipotong kecil-kecil tadi, kacau sebati, curahkan adunan puding di dalam loyang petak atau bulat, ketika puding masih panas lagi, jalurkan sos coklat memanjang dan lorekkan mengikut kreativiti masing-masing.
4. Sejukkan pada suhu bilik dahulu, setelah betul2 sejuk baru masukkan di dalam peti ais beberapa jam. Selepas itu boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut ataupun dijadikan buah tangan pada majlis2 potluck ataupun dihidangkan sebagai juadah majlis keramaian, Selamat Mencuba.




