Nasi Goreng Kerabu
Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu

Bahan-bahanya
2 cawan nasi
Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
6 biji cili padi
1 ulas bawang putih ( dicincang halus)
1/4 biji bawang (dicincang halus)
5 batang kacang buncis@ kacang panjang di hiris halus
1 btg serai di hiris halus
1 helai daun limau purut ( dihiris halus)
Sedikit bunga kantan( dihiris halus)
Bahan sampingan

ikan bilis goreng
Hirisan kobis
Keropok ikan goreng

Caranya

Panaskan minyak kemudian masukan bawang putih, cili padi dan bawang besar, biarkan garing.
Kemudiang masukkan sayur, bunga kantan, serai, daun limau purut, kacang buncis, dan ikan bilis yang dikisar.
Selepas itu masukkan nasi dan kacau rata, sesuaikan rasa, tambah garam jika perlu, kacau sentiasa dan pastikan bahan-bahan di gaul sebati. Angkat dan hidangkan bersama kobis, ikan bilis goreng dan keropok ikan. Masakan ringkas dan berkhasiat, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nasi Goreng Kerabu
Nasi Goreng Kerabu