Mille Crepes with Chocolate Cream
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mille Crepes with Chocolate Cream

Assalammualaikum wbt dan selamat petang semua, semalam petang ros buat mille crepes ni, permintaan dari anak sulong ros damia chan, dia suke sangat makan crepes letak whipping cream, tapi semalam dia requested nak crepes cake, maknanya mille crepes lah tu, sebenar nya ade kejadian masa buat crepes ni semalam, masa pukul whipping cream tu, whipping cream tu tak jadi sangat, dia tak kental sangat, nape ntah tak tau, so sapu jelah, walaupun agak cair sikit , lepas tu ros letakkan dalam freezer, kunun nye nak bagi keras sikitlah, akhirnya cantik juga dipotong, bukan damia je suke, anas n wazhif pun join makan sekali.

sumber terjemahan- rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( adunan Crepe)

250 ml susu segar ( pastikan susu ini suam)

75 gram tepung gandum

2 biji telur

2 sudu besar butter yang telah dicairkan

( sedikit whipping cream@ ( nama cream) dan krim coklat @ nuttella )

Caranya.

1. Panaskan susu, boleh guna microwave 500watt selama satu minit, ataupun jika tiada microwave panaskan guna periuk biasa je, kira susu tu suam-suam lah, ni adalah rahsia untuk crepe lembut dan senang di kacau nanti.

2. Didalam bekas adunan, pukul telur dengan hand whisker sehingga sebati dan berbuih, kemudian masukkan susu suam tadi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan, kacau sebati dan tapis. Perap adunan selama 30 minit, setelah diperap, baru lah dimasak didalam fry pan.

3. Glis fry pan dengan sedikit butter dan letakkan separuh senduk adunan dan layangkan dalam fry pan. Bila tepi crepe agak perang terbalikkan dan biar dua-dua bahagian perang, angkat dan teruskan langkah tadi, sehingga adunan habis.

– Cara Melapis Mille Crepes

1. Crepes mestilah sejuk, pukul whipping cream hingga kental dan masukkan 3 sudu besar gula, ketepikan, ambil satu helai crepes, sapukan dengan whipping cream, kemudian lapikkan atas nye dengan sehelai lagi crepes, sapu pula krim coklat ke seluruh crepes, lapiskan lagi, dan ulang langkat tadi hingga semua helaian crepes habis. Contoh lapisan nye macam ni.
Dasar Sehelai Crepes
sapu whipping cream
lapik dgn crepes
sapu krim coklat
lapiskan dgn crepes
sapu whipping cream
lapiskan dgn crepes
sapu kirm coklat
lapiskan dengan crepes

– Harap penerangan saya dapat membantu ya. Ros semalam buat agak tebal sikit, sebab nak cepat habis, kalau lain kali kena buat nipis, baru lembut bila dimakan. : )

Nota: Pastikan susu tu suam dan perap biar 30 minit ya, dan buat nipis-nipis, bila dah nampak tepinya crepes tu mcm perang sikit baru balikkan ke bahagian satu lagi supaya masak sekata. Jangan lupa mencubanya, anak-anak pasti suke.

Mille Crepes with Chocolate Cream
Mille Crepes with Chocolate Cream
Mille Crepes with Chocolate Cream
Mille Crepes with Chocolate Cream