Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)

Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)

Assalammualaikum dan selamat pagi di hari Isnin yang cerah, hari sabtu lepas ros buat roti, tapi takguna pun tepung roti aka tepung berprotein tinggi tu sebabnya takde stok, guna jelah tepung gandum, lepas je masak untuk lunch terus buat, cuaca pun panas kan sekarang ni, kejap je doh ni naik, terus boleh bakar, yang rasa bestnya tu bila dah siap bakar fuhhh….punye lembut gebus, saling tak tumpah dengan adunan roti yang gunakan tepung roti tu, masa dok sukat-sukat semua bahan ni, ros gunakan ape jua bahan untuk kasi extra lembut, sebabnya tepung gandum akan kurang ke anjalannyan berbanding tepung roti, ros letak 2 biji telur, letak water roux, lebihkan air, dan terjadilah resepi di bawah, seperti biasa, ros ni bab-bab nak bentukkan doh ni memang malas sikit, jadinya bulat-bulatkan je, senang cerita..oklah pada yang dah ade tepung gandum kt rumah tu, silalah cuba buat roti ni…cukup bahan, kena dgn cara-caranya pasti jadi…Selamat Mencuba.

Bun Vanila Lembu ( Adunan Tepung Gandum)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

( satu adunan dapat dalam dua loyang, satu loyang bulat satu loyang petak 18cm)

Bahan-bahanya
450gram tepung gandum
40gram gula
40gram susu tepung
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur ( pukul sedikit menggunakan garpu, asingkan sedikit, lebih kurang 2 sudu besar, untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
air suam ( cecair 190ml ) air suam dicampur dengan telur kemudian disukat sehingga 190ml
3 sudu besar water roux ( resepi water roux di sini)
1 sudu kecil baking powder

(untuk topping, sedikit gula pasir dan blueberry filling)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air atau susu segar dan beberapa titik esen vanila atau madu)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat dan acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula dan untuk acuan petak ros paipkan juga dengan jaluran blueberry, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Lihatlah betapa berkapasnya adunan dari tepung gandum ni….saje je letak byk imej nye, biar semua pelawat terpikat bila melihatnye, sekali gus menimbulkan rasa ingin menguli dan mencuba resepi ini.

Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Bun Vanila Lembut ( Adunan Tepung Gandum)
Advertisement