Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)

Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, hari tu ros ber-eksperimen buat muffin keledek, guna je bahan yang ade kt dapur tu, tapi resepi ni ros rasa kena adjust lagilah, nak lagi sedap dan gebu, sebab muffin yang terhasil agak padat, tapi rasanya serius cakap sedap, anak ros Wazhif makan sampai 6 ketul, dia suke sangat rasa muffin ni, damia dan anas 2 ketul sorang, resepinye nya pun cukup simple, ros kukus dulu keledek, nak rebus pun boleh, mane-mane je, letak dalam papercup supaya anak-anak senang nak angkut makan, kalau kt rumah ade keledek tu boleh cuba resepi ni ye….Selamat Mencuba.

Sweet Potato Muffins ( Muffin Keledek)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

350gram isi keledek (yang siap dikukus atau direbus, dilenyek baru ditimbang)
80 gram tepung gandum
60gram mentega@marjerin yang dicairkan ( nak guna minyak masak pun boleh)
60gm gula
100ml susu segar ( boleh diganti dengan bancuhan susu tepung atau santan pekat)
2 biji telur
2 sudu kecil baking powder

Bahan topping
sedikit bijan hitam
sedikit almond flakes

paper cup secukupnya

( kalau nak wangi sikit boleh tambah 1 penutup esen vanila)

Cara-cara

1. Panaskan oven 160 darjah, ayak tepung gandum dan baking powder kemudian putar telur dan gula hingga kembang, masukkan pula isi keledek dan tepung sedikit demi sedikit, kacau sebati.

2. Selepas itu masukkan susu segar dan mentega yang dicairkan, kacau lagi, cedok adunan ke dalam papercup, pastikan adunan 3/4 acuan supaya muffin naik cantik bila siap di bakar nanti.
3. Toppingkan muffin dengan sedikit bijan hitam atau badam slice, bakar pada suhu 160 darjah selama 40 minit, angkat dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangakan. Selamat Mencuba.

Nota: Muffin ni di makan suam or panas-panas pun sedap gak,minum pula nescafe lagilah terangkat, rasa manis nye pun ngam-ngam je : )

Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Sweet Potato Muffins ( muffin keledek)
Advertisement