
Sup Daging/ Tulang
Cuaca hari ni kat Osaka hujan je sepanjang hari, jadinya suhu pun agak sejuk, pikir punye pikir, untuk menu lunch n dinner kami, ros masak sup daging je, senang keje, resepi pun biasa-biasa je, ni lah bahan dan cara ros masak sup daging atau sup tulang, bila guna pressure cooker lagi cepat, pati-pati daging tu pun keluar, menyedapkan lagi rasa sup daging ni, jemput makan semua…, resepi sup daging/tulang ni boleh rujuk kat bawah ni ya.
Bahan-bahannya
4000gram daging
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji cili padi ( dihiris halus)
2 sudu besar rempah sup ( ros guna rempah sup jenama faiza)
1/2 biji lemon ( perah ambil jusnya)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery
( utuk rasa yang lebih sedap boleh juga masukkan sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah)
Cara-caranya
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk, kemudian masukkan batang celery, hirisan cili padi, jus lemon, kentang dan lobak merah. Masak sehingga semua sayur empuk.
3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan dengan hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: kalau nak masukkan ajinomoto, buah pelaga atau pun sup bunjut pun boleh, ros tak masukkan sebab takde stok, heheehehe, ikutlah selera masing-masing ya, sedap dimakan bersama nasi putih atau di cicah dengan roti.

