
Rendang Ayam Resepi II
Bahan-bahannya:-
3/4 ekor ayam ( dipotong sederhana lebih kurang 7 ke 8 bahagian)
1/2 buku lengkuas saiz kecil ( buleh digantikan dengan halia)
1/2 biji bawang besar
2 batang serai ( 1 batang dikisar, 1 batang lagi dititik)
7-10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 tin santan segera ( 400ml)
sedikit kunyit serbuk ( kalau guna kunyit hidup lagi sedap)
garam
1 helai daun kunyit
( kalau nak masukkan kerisik pun boleh juga, ros tak letak sebab kuantiti santan tu dah memadai)
Cara-caranya
1. Kisar halus cili padi, 1 batang serai, bawang besar, kunyit hidup dan lengkuas dengan sedikit air, kemudian curah dalam kuali, biarkan seketika.
2.Selepas itu masukkan ayam dan 1 batang serai yang dititik, biarkan air ayam kering sedikit baru masukkan santan. Sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Masak sehinga ayam empuk dan kuah agak pekat serta pecah minyak, akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai dimakan bersama ketupat segera atau nasi panas. Selamat mencuba.
Nota: Kalau nak berkuah pun boleh jugak, jangan masak rendang terlalu kering, bila dah pecah minyak tu boleh terus tutup api, kitakan macam-macam selera, ade yang suke rendang kering ade juga yang suke ade kuah sikit, baru sedap bila gaul dengan nasi kan. : )
