
Plain and Choco Banana Bun
Huhuhu…lepas gian meroti jab, kali ros cuba buat kelainan, tapi takdelah lain sangat, cuma masukkan pisang yang telah dilenyek dalam adunan roti je, yang seronoknye anak-anak laju je makan, yang kakak damia suke yang plain, yang anas pulak suke yang coklat, ros dan abang suke dua-dua hihi…: ) , seperti biasa kalau adunan yang mengandungi sayur atau buah puri ni, roti akan moist dan lembut, bagi ros, pasti ade siaran ulangan nye nanti bun pisang ni, bahan pun senang nak dapat, jangan risau ya, ros tak uli roti kali ni, ros suruh Bread Maker yang uli, ros tinggal bentukkan bulat-bulat je…senang keje.
Bahan-bahanya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
200gram tepung roti
50gram tepung gandum
70gram pisang yang telah dilenyek
1 sudu besar susu tepung/skim milk ( x letak pun takpe)
1 1/2 sudu yis
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin atau butter
1 sudu kecil bread impover ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)
1 sudu besar serbuk koko
sedikit krim coklat nuttella
secubit garam
160ml susu segar ataupun air suam
Cara-caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah.
2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan pisang yang telah dilecek dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
Cara lain jika menggunakan bread maker :
-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kecuali serbuk koko dan krim nuttella, pilih menu doh dan tunggu sampai doh siap diuli.
3. Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara, uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 2 bahagian , satu bahagian di campur dengan serbuk koko, bahagi doh pada 5 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil krim coklat nutella sebagai inti, satu lagi bahagian biarkan plain dan bahagi pula pada 4 bahagian, susun berselang seli doh coklat dan plain seperti papan dam di dalam acuan petak 18cm, biarkan naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam.
4. Setelah naik, sebelum di bakar, gliss permukaan bun pisang tadi dengan sedikit susu segar yang telah dicampur dengan beberap titik madu.
4. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau letak dalam acuan sandwish loaf pun boleh, dan boleh jugajadikan bun pisang coklat sepenuhnya , cuma gandakan sahaja kuantiti serbuk koko tu. Ikutlah selera masing-masing ya.



