Kuih Peneram dan Award
Kuih Peneram dan Award

Kuih Peneram dan Award

Akhirnya dapat gak makan kuih peneram ni, sedap tak terkata, dulu arwah nenek ros selalu buat, nenek ros banjar, so ros ni keturunan banjar lah, belah abah banjar belak mak banjar campur Penang, tu yang ros boleh cakap utara sikit-sikit tu..hihi :), pada sape sape nak buat boleh iku resepi Delila myresipi ni, kot kot lah rajin nak buat sendiri, nanti ros pun nak cuba buat sendiri, tapi bila nye tu pun tak tau lagi : )

Sumber resepi Delila myresipi.com

Bahan-bahan ( 100 biji atau lebih )
250 g tepung beras
250 g tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
Minyak yang banyak utk menggoreng
Sedikit garam

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan.

2.Larutkan gula apong dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan.Biarkan 30 minit.

3. Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.

NOTE : kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.

Nota: ni antara kuih yang dihantar oleh kak Hana, seronok dapat makan, nilah menu minum petang ros hari ni : ). seronok dapat makan kuih tradisioanal ni, nak buat takut tak jadi heheehehe.

Kuih Peneram dan Award
Kuih Peneram dan Award
Kuih Peneram dan Award
Kuih Peneram dan Award