Ketam Rebus Bersama Serai
Ketam Rebus Bersama Serai

Ketam Rebus Bersama Serai

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsikan resepi ketam rebus yang amatlah mudah dibuat, ni menu yang sihat juga, tanpa penggunaan minyak dan sebarang penambah perasa, tutup mata pun boleh buat, main campak-campak je, resepinye ade di bawah ni , selamat mencuba. Guna Ketam Bunga tau, baru sedap….kuahnya tu pun sedap dihirup….

Ketam Rebus Berserai
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com

4 ekor ketam bunga ( saiz sederhana)
2 batang serai ( dititik)
1/2 biji bawang besar
4 biji cili padi
sedikit garam
garam

Cara-caranya

1.Buang sedikit hujung kepit ketam tu dan bersihkannya, Isikan separuh periuk dengan air.

2. Masukkan hirisan bawang besar, cili padi dan serai yang telah dititik, akhir sekali masukkan ketam, perlu diingat kulit ketam tu jangan dibuang. Rebus ketam hingga masak.

3. sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, tutup api dan sedia untuk dihidangkan, ringkas dan amat menyelerakan.

Nota: Resepi simple mimple ni pun nak letak kan, takpelah saje buat koleksi peribadi, heheehehe, selain rebus dengan serai, sedap juga dibuat masak dengan cili…sure berselera punye

Ketam Rebus Bersama Serai
Ketam Rebus Bersama Serai
Ketam Rebus Bersama Serai
Ketam Rebus Bersama Serai
Ketam Rebus Bersama Serai
Ketam Rebus Bersama Serai