
Ikan Hamachi Bakar Berlada
Assalammualaikum WBT buat semua pelasat BSM di Jintanmanis.com, menu ikan hamachi bakar ni menu minggu lepas, dua hari berturut-turut kami makan menu yang same je, sebab ikan hamachi yang kami beli ni besar, cukup untuk dimasak dua kali, ikan hamachi ni kalau bahasa omputih nye ikan yellowtail, sedap ikan ni, lemak dan padat isinya, kalau buat ikan bakar memang sesuai lah. Resepi ni ros main guna bahan yang ade je, dan ros lebihkan masa perapan nye tu, lebih kurang 3 jam baru di bakar, dan masa bakar tu ros alaskan dengan daun pisang baru wangi semerbak. Resepi ade kat bawah ni ye.
Ikan Hamachi Bakar Berlada
Sumber resepi: rosmarlina@jintamanis.com
Bahan-bahanya
1 ekor ikan Hamachi ( potong pada 3 bahagian)- guna ikan lain pun boleh
1/4 biji bawang besar ( boleh ganti dengan 4 ulas bawang merah)
1 ulas bawang putih
sedikit belacan – ( yang ni agak2 je, jgn byk sgt, sikit je)
2 tangkai lada kering (boleh ganti dengan 1 sudu besar cili kisar)
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam
Daun Pisang secukupnya untuk dijadikan alas semasa membakar ikan.
-Nak guna cili kisar tumis segera pun boleh, terus boleh lumur je pada ikan ni-
Caran-caranya
1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, belacan, kunyit hidup dan lada kering, kalau nak blender pun boleh. ( kalau guna blender masukkan sedikit air supaya bahan senang dikisar).
2. Ikan di gaul dengan sedikit garam, kemudian lumur ikan hamachi tadi dengan bahan yang telah ditumbuk halus, perap selama 2 jam atau 3jam, Alaskan grill besi dengan daun pisang, sapukan sedikit minyak di atas pemukaan daun pisang tadi dan susun ikan di atasnya, bakar sehingga permukaan ikan perang, sedap dimakan dengan sambal belacan atau air asam , selamat mencuba.
Nota: Kalau nak balut ikan ni dengan daun pisang pun boleh, cuma nya nanti permukaan ikan takkan garing sangatlah, kiranya kalau balut sepenuhnya dengan daun pisang, ikan bakar akan moist sikit, ros suke alaskan je, sebab nakkan rasa yang garing kat kulit ikan, baru sedap makan.



