Chocolate Chips Scone ( campuran tepung atta)
Chocolate Chips Scone ( campuran tepung atta)

Chocolate Chips Scone ( campuran tepung atta)

Assalammmualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam ros cuba ber-eksperimen dengan tepung atta, bila ros google ape kandungan tepung atta ni, rupanya tepung atta same dengan tepung wholemeal, jadinya ape jua masakan dari tepung atta ni hasilnya akan jadi lebih berat, khasiat yang ade dalam tepung atta ni pun tinggi dari tepung putih biasa, lepas tu laju je ros ke dapur buat scone, alhamdulillah menjadi, untuk anak-anak ros le takkan chocolate chip, bila dah siap bakar tu, semua anak-anak ros suke makan, ingat nak sapu dengan nuttella , tak sempat juga…diaorang makan macam tu je, ros gabungkan sedikit tepung gandum dalam adunan ni supaya scone tidak teralu berat, hasilnye scone jadi rangup di luar dan lembut didalam, pada sesiapa yang nak mencuba, boleh rujuk resepi dibawah ni ye, Selamat Mencuba.

Chocolate Chips Scone (tepung atta)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

150gram tepung atta
115gram tepung gandum
70gram mentega
50gram gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
sedikit coklat chip
50ml susu segar

Cara-caranya

1. Mula-mula cairkan mentega di dalam kuali atau microwave, kemudian pukul telur dengan menggunakan garpu, asingkan 1 sudu besar telur yang siap dikocak tadi ke tepi, telur yang di asingkan ini akan digunakan untuk gliss pada permukaan scone nanti.

2. Didalam bekas adunan, masukkan tepung atta, tepung gandum dan baking powder, kacau sebati menggunakan sudu atau senduk kayu, kemudian masukkan garam, gula, butter yang dicairkan tadi, gaul sebati adunan , selepas itu masukkan susu segar, uli sehingga menjadi doh.

3. Akhir sekali masukkan coklat chip dan uli lagi,balut doh dengan plastik wrap dan perap adunan selama 1 jam di dalam peti ais, setelah diperap, terap adunan, ketebalan lebih kurang 3mm ke 4mm, ambil acuan bulat dan tekap, ulang langkah tadi sehingga adunan habis. Susun scone di di atas dulang pembakar dan gliss permukaan scon dengan baki telur tadi, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan scone perang. Selamat Mencuba.

– scone sedap dimakan bersama jem strawberry ataupun krim coklat. masukkan ape jua perasa kegemaran anda dalam adunan ini, kismis ke, koko ke…mengikut selera masing-masing.

Advertisement