Roti Paung
Roti Paung

Roti Paung

Sumber Resepi dari Blog Bro Rozzan, ( resepi asal dari rnana forum komuniti teratak) Copy dari Blog Kak Hana Kanazawa, ditambah lagi dengan komen positif dari Blog MamaFami. Terima kasih pada semua kerana berkongsi tips dan gambar-gambar roti paung yang sungguh menyelerakan, buat Ros teruja nak cuba hari ni. : )

Bahan-bahan

*300 gm tepung

*80 gm gula ( ros kurangkan jadi 60 gram je)

*20 gm susu tepung ( ros tambah jadi 40 gram)

1 biji telur (saiz AA)- ( ros guna telur saiz M)- tinggalan sikit untuk gliss pada roti nanti.

1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)- ros guna yis mauripan dan tak campur air

( ros tambah 100ml air suam 50 ml susu segar)

1 camca besar majerin

1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)

sedikit bread improver ( ros letak 1/2 camca teh)

3 bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya.

( untuk gliss tu ros ambil lebihan telur+dua tiga titik madu dan 1 sudu susu segar) salah satu tips untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat dan cantik. Bila dah masak tu tak perlu lagi digliss dengan marjerin. : )

Cara-cara ( ros edit sikit dr resepi asal kat bahagian cara-cara ni supaya lebih senang difahami)

1.Mula-mula, tepung + gula + susu tepung + bread improver , gaul biar bercampur, kemudian lubangkan tengah dan masukkan telur.( ros masukkan semua bahan dalam Bread Maker je, dan tunggu sampai siap)

2.Masukkan majerin dan gaul rata, selepas itu masukkan yis, bread softner dan uli hingga lembut dan elastik.

3. Perap doh dan biarkan naik naik dua kali ganda, kemudian tumbukkan-tumbukkan, keluarkan angin, akhir sekali bentuk-bentukkan doh menjadi 16 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan loyang bulat, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan roti dengan baki telur yang dicampur madu dan susu tadi, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehigga permukaan roti perang.

4. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Selamat Mencuba.

Nota: 3/4 doh tadi ros buat roti paung dan baki 1/4 lagi ros letakkan sosej, jadi lah mini bun sosej khas buat anak-anak ros, bila siap tu 3 ketul dah di bawa lari oleh Kakak Damia : )

Nota: Lihatlah roti paung ros yang terlebey ireng tu, terperang sikit, nasib baik maintan lembut, roti mini sosej tu taklah besar sgt, agak-agak muat mulut je tu, sbb baki doh tu tak byk kan, saje je kasi variasi sikit. : )

Roti Paung
Roti Paung
Roti Paung
Roti Paung
Roti Paung
Roti Paung
Advertisement