Pizza adunan tepung atta
Pizza adunan tepung atta

Pizza adunan tepung atta

Assalammualaikum WBT dan selamat tghari semua, Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak taip resepi pizza gunakan tepung atta tu, tapi ros tak guna sepenuhnye tepung atta dlm adunan ni, ros letak sikit je, dan ros bykkan tepung roti, takut nanti ter over berat pulak, bila letak 150gram tu, sedang elok je tekstur pizza ni, sedap, lembut dah cepat kenyang bila makan, khasiat dari tepung atta atau wholemeal ni pun bagus untuk kesihatan kan, ros buat dua versi pizza, satu versi biasa dan satu lagi mini pizza, topping tu buleh ikut kesusuaian selera masing-masing ya, Selamat Mencuba. : )

Adunan Doh Pizza campuran tepung atta
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( untuk doh pizza)
350gram tepung roti@tepung high protien atau boleh diganti dengan tepung superfine
150gram tepung atta
35 gram susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur
40gram besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
6gram yis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

( nak masukkan sedikit olive oil atau dry oregano pun boleh dalam doh ni)

-beberapa sosej ayam yang telah direbus, mix vegetable, sos tomato atau sos cili dan mayonis.

Cara-caranya ( Doh Pizza)

1. Buat doh pizza, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian bahagi doh pada beberapa bahagian, leperkan di atas dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak, dan leperkan seperti bentuk pizza, biarkan pizza naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit, selepas itu topping setiap satu pizza dengan hirisan sosej, mix vegetable, mayonis dan keju. paip kan sos cili atau tomato ketchup diatasnya.

5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan pizza perang.

6. Sedap di makan panas-panas, jika mahu di simpan, sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: base pizza ni kalau nak buat nipis pun boleh, nak buat tebal mcm ros tu pun boleh, ros suke yang tebal sebab suke tekstur yang macam roti tu, cepat kenyang : )

Pizza adunan tepung atta
Pizza adunan tepung atta
Pizza adunan tepung atta
Pizza adunan tepung atta
Pizza adunan tepung atta
Pizza adunan tepung atta

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pizza adunan tepung atta
Pizza adunan tepung atta
Advertisement