Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur

Mee Rojak Campur-Campur

Mee Rojak campur-campur ni dinner ros malam tadi, nak kata Pasembor lain pulak, sbb kuah nye tu ros tak guna keledek, dan pasembor takde letak ayam goreng dan mee kuning, nak kata mee rojak ayam yang dulu pernah ros buat, lain pulak, tp lebih kurang same je, cumanya malam tadi ros campurkan kani kama ( crab stick) dan chikua ( jejari ikan) ros goreng dengan bancuhan tepung beras, kasi rangup sikit, jadinya ros panggil mee rojak campur-campur lah..hihi : )

kat bawah ni ade resepinya

Bahan-bahanya
1 bungkus mee kuning ( dalam 300gram)
1/2 biji timun
Tauhu goreng
1 biji kentang ( potong berbaji ( bentuk wedges)
1 keping peha ayam boneless
2 biji telur
1/2 paket kani kama ( crab stick)
3 batang chikua ( jejari ikan)

bancuhan tepung beras untuk salut pada kentang, crab stick, ayam dan chikua
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
garam
sedikit serbuk kunyit

untuk kuah rojak
1/2 cawan kacang tanah ( dikisar kasar)
Bahan Kisar ( 5 tankgai cili kering 1\4 biji bawang besar+1 ulas bawang putih+1 sudu kecil udang kering)
1/2 sudu besar gula
garam
sedikit minyak untuk menumis

untuk kueh rojak
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder ( kalau nak ganti dengan yis pun bole)
1sudu kecil yis mauripan
sedikit kunyit serbuk
garam

-air untuk bancuh kueh rojak ni agak-agak je ye, macam bancuhan buat kuih udang atau jemput-jemput, jgn cair sangat nanti kueh rojak meresap minyak.

1. Mula-mula buat kuah rojak, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan kacang tanah. Masukkan setengah cawan air dan dan masak hingga pecah minyak dan kuah agak pekat.

2. Buat kuih rojak, satukan semua bahan dan perap lebih kurang 1 jam, kemudian goreng dengan minyak panas, selepas itu buat bancuhan tepung beras dan celupkan ayam, crabstick, chikua dan kentang, goreng hingga garing, Akhir sekali rebus telur, celur mee kuning dan potong nipis timun dah tauhu goreng. Susun semua bahan dalam piring.

3. Cara Penyedian, susunkan tahu, kentang, kueh rojak tepung , ayam goreng, crabstick, chikua, timun, telur rebus dan mee kuning di dalam pinggan, dan curahkan kuah rojak tadi, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Lain orang lain selera kan, kalau buat rojak ni, ikutlah selera masing-masing ye, ros kalau buat rojak memang suke letak ayam goreng dan mee, memang kenyanglah kami makan malam tadi, bila dah potong semua penuh satu pinggan : )

Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur
Mee Rojak Campur-Campur
Advertisement