Masak Lemak Labu Manis
Masak Lemak Labu Manis

Masak Lemak Labu Manis

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni ros nak berkongsi resepi biasa je, masak lemak labu manis, labu ni dah lah murah, manis pulak tu isinya, buat masak lemak, makan pulak dengan ikan masin, sedap…cara masak sama je dengan masak lemak sayur yang lain cumanye ros tambahkan hirisan daun kunyit supaya lebih harum. Di bawah ni ade resepinye.

Masak Lemak Labu Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
1/4 biji labu manis ( saiz sederhana)
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar
1 helai daun kunyit yang di carik kasar
sedikit hirisan bawang besar
1 ulas bawang putih ( dihiris halus)
2 cawan santan
sedikit hirisan lada merah
sedikit garam

cara-caranya
1. Labu manis di potong beberapa bahagian, jangan terlalu kecil atau besar, potong bentuk kiub. Di dalam periuk masukkan santan, hirisan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. kacau sebati, biarkan agak mendidih baru masukkan labu.

2.Selepas labu empuk, masukkan pula daun kunyit, kacau lagi, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, biarkan beberapa minit, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan nak lagi sedap hidangkan dengan ikan masin. pasti menambat selera.

Masak Lemak Labu Manis
Masak Lemak Labu Manis
Advertisement