Kuih Vadei Kacang Soya
Kuih Vadei Kacang Soya

Kuih Vadei Kacang Soya

Assalammualaikum WBT semua, nak tau ape yang ros buat dengan okara@hampas kacang soya tu, ros buat dua jenis kuih, satu kuih vadei dan satu lagi ros buat okara donut, yang resepi donut tu ros akan kongsikan kemudian, hari ni ros cuma kongsikan resepi kuih vadei ni aje ye, rasa nye saling tak tumpah dengan kuih vadei yang guna kacang dal tu, sedap dan lemak je, dan teksturnya lagi halus. ros tambahkan juga tepung kanji kentang sebagai agen penyatu, sebab takut-takut kalau bila digoreng nanti berderai, alhamdulillah bila digoreng dalam minyak panas tu elok je, resepi nya boleh rujuk di bawah ni ye.

Kuih Vadei Kacang Soya
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
400gram Okara@ Hampas Kacang Soya
2 sudu besar tepung kanji kentang
2 sudu besar udang kering yang ditumbuk halus
2 tangkai cili kering digunting nipis
1 tangkai daun kari digunting nipis
sedikit garam
1/2 biji bawang besar yang dicincang halus

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan di dalam bekas adunan dan gaul mesra, kepalkan dan bentukkan bulat-bulat, akhir sekali tekan sedikit supaya agak leper.

2. Panaskan minyak dan goreng hingga perang, pastikan minyak betul-betul panas, angkat dan hidangkan, selamat mencuba.

Nota: Kalau nak frozen kan kuih ni pun boleh, goreng separuh masak dan sejukkan, kemudian bolehlah di simpan di dalam plastik dan disejubekukan.

Kuih Vadei Kacang Soya
Kuih Vadei Kacang Soya
Kuih Vadei Kacang Soya
Kuih Vadei Kacang Soya