Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)

Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, dah sarapan ke belum tu, kalau belum meh join ros makan bun coklat rice ni, sedap sangat, anak-anak pasti menggemarinya, sebab perasa coklat, bun ni pun lembut je sentiasa, sejak ros balik jepun ni ros tak guna bread softner atau bread improver dalam adunan roti ros, ros cuma letak water roux je, sebab terjamin akan menghasilkan bun yang lembut dan gebu, resepi roti coklat urai ni boleh rujuk kat bawah ni ye, ade masa nanti boleh try ya. : )

Chocolate Rice Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
sedikit coklat rice@coklat urai
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Pastikan dulang pembakar atau loyang di alas dahulu dengan baking sheet untuk memudahkan bun keluar dari loyang nanti. Nak tukar coklat rice pada coklat chip pun boleh.

Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)
Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)