Chai Latte
Chai Latte

Chai Latte

Ros buat Chai ni hari Ahad lepas, search resepi dalam yahoo.jp, jumpe satu web ni, dia terangkan macam mana nak buat chai yang sedap, terus cuba dan buat kat dapur, ternyata chai latte yang dihasilkan sedap dan menepati citarasa ros, resepi ros telah trnaslate kan siap-siap ke bahasa melayu. : )

Bahan-bahanya ( menghasilkan lebih kurang 3 cawan Chai)
1 sudu besar serbuk teh india ( kalau guna teh jenama BOH kena lebihkan lagi 1 sudu besar)
1 batang kulit kayu manis atau 1 sudu kecil serbuk cinnamon
4 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1/4 buku halia saiz kecil ( dihiris nipis atau disagat)
175ml susu segar
350 ml air
2 sudu besar gula

Cara-caranya
1. Panaskan air bersama serbuk teh, kulit kayu manis, buah pelaga, halia, gula dan cengkih. Biarkan mendidih.

2. Kemudian masukkan susu segar dan biarkan sebentar dengan api perlahan, dan kacau sebati.

3. Akhir sekali tapis chai dan curahkan di dalam cawan, sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti gula bergantung kepada tahap kemanisan masing-masing ya, ros suke akan chai ni sebab aroma nye yang wangi dan rasa spice yang terdapat dalam minuman ini, tak rugi lah mencuba dan amat sesuai pada penggemar teh.

Chai Latte
Chai Latte
Chai Latte
Chai Latte