Blueberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart ( Alex Goh)
Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari buat semua, semalam ros dengan rajin nye mencuba buat cheese tart ni, acuan lama dah terperap kat dapur tu, dok memangil-manggil je suruh buat, alhamdulillah vitamin R datang, terus ke dapur buat pastri manis tu dulu, bila dah buat satu-satu, kira leceh jugaklah buat bluebery cheese tart ni, tapi hasilnya cukup memuaskan, sedap dan cantik dipandang, lorekkan nye tu ros ikut cara kak hasue, terima kasih ya kak, atas tunjuk ajar tu, resepi ni ros dapat dari kawan FB ros Kak Salina ,resepi asal dari Alex Goh …mesti ade siaran ulangan nye….ros guna acuan mini berukuran 5cm tu….dapatlah dalam 102 pcs satu adunan, baru puas makan kan.

Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream ( ros gantikan dengan susu pekat manis)

Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. ( ros buat tak sampai pun 10 minit, kiranya dalam 6 ke 8 minit je.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

Nota: Ros paipkan dahulu inti blueberry ke dasar pastry lepas tu baru ros paipkan pula adunan cheese, dan letakkan lagi sekali sedikit blueberry filing utuk dilorekkan di permukaan adunan cheese.

Blueberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart
Blueberry Cheese Tart