Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful

Apam Snow White Colourful

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi, nama nye apam snow white, tapi apam yang ros buat ni tak putih pun, saje yang ros warnakan, biar meriah, hasilnya cukup sedap, cumanya…..apam ni tak naik meninggi sangat, tapi tak kisahlah, janji teksturnya lembut dan gebu, rasa apam yang menepati citarasa ros, ros ambil resepi ni dari myresipi sumbangan qnq0910, terima kasih ya kerana sudi berkongsi resepi yang ringkas dan sedap ni, izinkan ros panjang kan di sini pula ya.

Apam Snow White
Sumber resepi: qnq0910 myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara

1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air

2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu

3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur

4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan

5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu…

6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit

7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Nota: Ros akan pastikan ros blender nasi tu betul-betul hancur, dan masa perapan tu ros lebihkan setengah jam, maknanya satu setengah jam lah, lepas tu ros kacau perlahan baru masukkan dalam acuan lompang tu.

Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful
Apam Snow White Colourful
Advertisement