Susu Soya Pandan Suam
Susu Soya Pandan Suam

Susu Soya Pandan Suam

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua, pagi tadi lepas buat kerje rumah ros buat air susu soya pandan, saje nak cuba letak daun pandan dalam air soya tu, dan susu soya ni tanpa pewarna tambahan, dan boleh juga di katakan casein free dan gluten free, sesuai untuk kanak-akan atau individu yang sedang dalam GFCF diet, buat sendiri baru terjamin kan, kalau nak lagi berkhasiat guna kacang soya organik. Resepi same je dengan susu soya homemade yang ros dah pernah letak sebelum ni, cuma tambahkan 8 helai daun pandan yang dikisar bersama air soya. Selamat Mencuba.

Homemade Susu Soya Pandan Suam
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350gram kacang soya
1.5 litre air
3/4 cawan gula
8 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Daun pandan digunting nipis dan masukkan di dalam blender bersama 3 cawan air soya, blender halus dan perahkan jus pandan tadi di dalam periuk yang berisi susu soya, didihkan dengan api perlahan, setelah agak mendidih baru masukkan garam dan gula.

4. Pastikan susu soya sentiasa dikacau, setelah gula larut, tutup api dan biarkan suam, jika mahu masukkan dua tiga ketul ais pun boleh dan hidangkan segera.

5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya pandan ini boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

Nota: Harum wangi je air soya ni, rasanya kalau minum sejuk-sejuk lagi best ni, cuaca pun agak panas kan sekarang ni..: )

Susu Soya Pandan Suam
Susu Soya Pandan Suam
Susu Soya Pandan Suam
Susu Soya Pandan Suam
Advertisement