Sambal Petai Bersantan
Sambal Petai Bersantan

Sambal Petai Bersantan

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua,  ros sempat lah updated menu sambal petai bersantan, kalau sambal petai letak santan, lagi sedap rasanya lemak-lemak gitu, tapi jangan buat kering sangat, agak-agaklah, bila makan dengan nasi putih memang kenalah, resepi biasa je, kalau ade cili kisar tumis segera tu boleh guna, lagi cepat kerja…..resepi ni dari ibuku yang tercinta : )

Sambal Petai Bersantan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

4 sudu besar cili kisar
4 biji bawang kecil@ 1/2 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
2 inci belacan (x letak pun takpe)
secubit garam
1/2 sudu besar gula
sedikit petai yang telah dibuang kulit putihnya
1 cawan santan
segengam ikan bilis ( separuh di tumbuh halus dan separuh lagi digoreng hinga garing)
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)
sedikit air asam jawa

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah menggunakan lesung batu, kemudian keluarkan, masukkan pula separuh kuantiti ikan bilis dan tumbuh lagi. setelah siap ketepikan.

2 Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang yang telah ditumbuk tadi, masukkan juga cili kisar dan sedikit belacan, setelah bahan tumisan agak garing masukkan petai dan ikan bilis yang telah ditumbuk. Kacau sebati.

4. Setelah petai agak empuk masukkan pula santan, biarkan agak mendidih baru masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, akhir sekali baru masukkan hirisan bawang besar dan ikan bilis yang digoreng, kacau sebati, setelah bawang besar agak layu, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Pastikan petai empuk baru masukkan air asam jawa, bagi mengelakkan petai menjadi liat. kepekatan sambal petai ni ikutlah selera masing-masing ya, kalau nampak pekat, boleh tambah sedikit air.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA