Pengat Labu Manis Dengan Sagu Mata Ikan
Pengat Labu Manis Dengan Sagu Mata Ikan

Pengat Labu Manis Dengan Sagu Mata Ikan

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, minggu lepas ros buat pengat labu, lama dah tak makan pengat labu ni, tu yang teringin tu, bila campur dengan sagu mata ikan makin sedap rasanya, kenyal-kenyal gitu bila dikunyah, kuah pun elok je pekatnya bila letak sagu ni, berulang-ulang ros makan, sebab sedap…., nak tukar labu manis ni pada pisang pun boleh….sesuai dijadikan menu minum petang untuk se-isi keluarga.

Pengat Labu Manis Bersama Sagu Mata Ikan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1/4 biji labu manis ( saiz sederhana)
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula

Cara-caranya

1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.

2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.

3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk, selamat mencuba.

Nota: Pengat labu ni kalau dah sejuk kuahnya agak pekat, boleh tambahkan sedikit air, panaskan dan kacau selalu.

Pengat Labu Manis Dengan Sagu Mata Ikan
Pengat Labu Manis Dengan Sagu Mata Ikan
Pengat Labu Manis Dengan Sagu Mata Ikan
Pengat Labu Manis Dengan Sagu Mata Ikan