Nasi Goreng
Nasi Goreng

Nasi Goreng Je…

Bahan-bahannya

sedikit kobis- dihiris halus
1/2 cawan mix vegetable
seulas bawang putih – dihiris
6 batang kacang buncis ( dihiris halus)
1 1/2 cawan nasi
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
2 ulas bawang merah – cincang ( ros guna bawang besar cincang)
1 biji telur
garam
sedikit lada sulah
minyak masak

Cara-cara

1. Mula-mula panaskan minyak, dan tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih, biar naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan mix vegetable, kobis dan sos cili, kacau sebati, ketepikan sedikit semua bahan tumis, dan pecahkan sebiji telur dan hancurkan.

3. Masukkan nasi, lada sulah dan garam. gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan hirisan kacang buncis dan biarkan seketika, angkat dan ketepikan. Siap dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak masukkan ikan bilis atau isi ayam pun boleh, hari ni ros letak telur je, sebab tak sempat nak dinyahbekukan ayam yang tengah kejang dalam peti beku tu, hihi : )