Mee Sup dan Pegedil Ayam
Mee Sup dan Pegedil Ayam

Mee Sup dan Pegedil Ayam

sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

*Bahan-bahanya- Untuk Sup Ayam*

400 gram ayam ( dipotong kecil)
1 ulas bawang putih
2 inci halia
1/4 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah
1 sudu besar rempah sup ( ros guna jenama faiza)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
beberapa fish cake atau fishball ( ros semalam guna chikuwa)
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam

*Bahan taburan atas sup*

-bawang goreng, hirisan lemon, pagedil ayam, sambal kicap dan hirisan daun ketumbar.

*Bahan-bahan untuk pegedil ayam*

3 biji kentang saiz sederhana
100gram dada ayam ( dicincang halus)
1 sudu kecil jintan manis atau jintan putih
1 biji telursedikit hirisan bawang besar
lada sulah
garam
daun celery atau daun sup

Cara-cara Memasak Pegedil Ayam

1. Kupas kentang dan potong kecil2, goreng hingga empuk, angkat dan lapikkan kentang tadi dengan kitchen towel, bagi menyerap lebihan minyak. biarkan sejuk seketika.

2. Cincang bawang besar dan, tumis bawang besar tadi hingga layu, baru masukkan isi ayam hancur, kemudian masukkan jintan manis yang telah dicincang halus, kacau sebati. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil kentang tadi, dan ramas hancur, masukkan bahan tumisan tadi dan gaul sebati, masukkan sedikit telur, ( telur ni agak-agak je, jgn sampai sebijik terus, cuma dlm 1/3 kuantiti 1 biji telur, bakinya akan digunakan untuk coating nanti, fungsi masukkan sedikit telur ini hanya sebagai agen penyatu.

4. Akhir sekali masukkan daun celery yang telah dihiris halus, sesuaikan rasa, masukkan lada sulah dan garam, bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit, celup pegedil tadi dengan baki telur dan goreng dengan minyak panas, tak perlu lama, ( pastikan api tidak terlalu perlahan) dan pastikan minyak betul-betul panas, setelah pegedil perang angkat dan toskan. Sesuai dijadikan pelengkap untuk bihun sup, mee sup dan di makan begitu sahaja.

Cara-cara untuk memasak Mee Sup

1. Blender halia, bawang besar dan bawang putih ( nak hiris nipis atau tumbuk dengan lesung batu semua ni pun boleh) , panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan garing.

2. Selepas itu masukkan ayam, kacau sebentar, setelah sebati masukkan air, air ni agak-agak lah, biarkan mendidih dan masukkan garam, rempah sup dijadikan pes dan masukkan di dalam sup tadi, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah ayam empuk baru masukkan batang celeri, dan fish cake. akhir sekali masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam. tutup api dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar atau daun sup.

3. Celur mee kuning, dan masukkan di dalam bowl, curah sup ayam tadi dan atur pegedil, hirisan lemon, sambal kicap pedas dan bawang goreng, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Tauge tu kalalu boleh lalukan dengan air panas je, tak payah celur, bagi mengekalkan kerangupan tauge ni apabila dikunyah, pegedil ayam ni pun ros selalu nye buat banyak-banyak sebabnya anak-anak suke makan macam tu je : )

Mee Sup dan Pegedil Ayam
Mee Sup dan Pegedil Ayam
Mee Sup dan Pegedil Ayam
Mee Sup dan Pegedil Ayam
Advertisement