Meatballs Spaghetti
Meatballs Spaghetti

Meatballs Spaghetti

*bahan utk meatballs*

200gram daging cincang, ( klu takde daging biasa tu blender je sampai hancur tp jgn letak air)
4 sudu besar serbuk roti
sedikit telur
sedikit oregano
lada sulah
garam
1/4 biji bwg besar saiz kecil

*Untuk Sos Pasta*

3 biji tomato (2 biji diblender, dan 1 biji lagi dipotong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
1/4 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dincincang halus)
1/4 batang carrot (dipotong dadu)
2 biji cendawang butang (dipotong dadu)
3 sudu besar minyak zaitun
sedikit oregano
2 ikat spaghetti ( rebus mengikut arahan pada paket)

Cara-caranya ( meatballs)

1. Cincang halus bawang besar, kemudian masukkan di dalam bekas yang berisi daging cincang bersama serbuk roti, oregano, garam, lada sulah dan sedikit telur, ( telur ni agak-agak je, dalam 1/3 biji) gaul sebati.

2. Bulat-bulatkan kecil dan susun di atas dulang pembakar yang telah dilapik kertas minyak, bakar pada suhu 170darjah selama 20 minit dan sejukkan.

3. Buat sos pasta, Panaskan 3 sudu besar minyak zaiton dan tumis, bawang besar dan bawang putih hingga agak layu, kemudian masukkan tomato yang telah dikidar tadi, oregano, tomato ketchup, carrot, hirisan tomato dan cendawan butang, kacau sebati dan masukkan 1/2 cawan air.

4. Biarkan agak pekat baru masukkan meatball, kacau sebati, setelah kuah naik minyak dan masak, tutup api dan sedia untuk ditoppingkan atas spaghetti.

Cara penyediaan meatballs spaghetti, letakkan spaghetti atas pinggan, kemudian curahkan kuah pasta tadi dan taburkan sedikit dengan serbuk keju ( parmesan cheese) kalau titikkan dengan sos tabasco lagi sedap, menambah kan lagi rasa pedas pada spaghetti ini. Selamat Mencuba.

Meatballs Spaghetti
Meatballs Spaghetti