Cream Cheese Walnut Banana Bun
Cream Cheese Walnut Banana Bun

Cream Cheese Walnut Banana Bun

Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
70 gram pisang yang telah dilenyek
1 sudu besar susu tepung
50 gram cream cheese
90ml susu suam
1 sudu bersar marjerin
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
30gram kacang walnut ( dicincang kasar)
1 sudu kecil bread improver

Caranya.

1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan, kecuali kacang walnut dan pilih menu Dough dan tekan ON, kalau tiada BM , masukkan semua bahan roti kecuali kacang walnut dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin dan campurkan kacang walnut , uli sebati, bahagi doh pada 8, bahagian kecil, susun di dalam loyang bulat atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)

4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu cair+ beberapa titik madu . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Cream Cheese Walnut Banana Bun ni amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang, Bun ini juga penuh khasiat dan vitamin. Baik untuk anda dan se-isi keluarga.

Cream Cheese Walnut Banana Bun
Cream Cheese Walnut Banana Bun
Cream Cheese Walnut Banana Bun
Cream Cheese Walnut Banana Bun
Cream Cheese Walnut Banana Bun
Cream Cheese Walnut Banana Bun