
Sotong Masak Sos Tiram
Bahan-bahan
2 ekor sotong saiz sederhana
2 ulas bawang merah ( dicincang)
1/4 biji bawang besar ( dimayang kasar)
2 sudu besar sos tiram
2 inci halia
1 biji ulas putih
beberapa biji cili padi
sedikit kunyit serbuk
Cara-cara
1. Sotong di potong bentuk ring, cincang halia, bawang putih,bawang merah dan cili padi.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tadi, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan seketika. kemudian masukkan sedikit kunyit serbuk.
3. Selepas itu masukkan sotong dan sesuaikan rasa ( masukkan lah garam ) akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang. Kacau sebati, apabila bawang agak layu, angkat dan hidangkan, sedap dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba.
Nota: Kalau nak tambah hirisan lobak merah atau bunga kobis pun boleh jugak ikutlah selera masing-masing ya, ros suke lauk ni sebab nak masak senang, rasa pun sedap, asyik sambal sotong je kan, sesekali tukar tumis dengan cili padi pun se dap juga : )
