Roti Canai Tampal
Roti Canai Tampal

Roti Canai Tampal

Ros kalau masak roti canai ni selalunye tak suke plain je, mesti nak letak telur dengan bawang, ala-ala roti telur gitu, kat bawah ni ros sertakan cara-cara serba ringkas macam mana ros buat roti canai tampal ni.

Bahan-bahannya

2keping roti canai segera

2 biji telur

sedikit hirisan bawang besar

secubit garam

Cara-caranya

1. Panaskan frypan dan masukkan 1 sudu besar marjerin/butter ataupun minyak masak, kemudian masukkan roti canai dan biarkan seketika, balik-balikkan sehingga kedua-dua permukaan agak perang.

2. Kemudian koyakkan atau carik di tengah-tengah roti canai menggunakan sudip, dan pecahkan telur di tempat yang dicarik tadi, ( kira kita tampal balik lah dengan telur tu), selepas itu tabur hirisan bawang besar dan masukan secubit garam, biarkan seketika dan balik-balikkan roti canai tadi sehingga pemukaan yang ade telur tadi masak.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari ataupun sedap juga dimakan begitu sahaja, cara senang, cepat dan sedap, semalam ros cicah roti canai tampal ni dengan korma bebola daging yang dalam tin tu, panaskan je, yang ni pun dari Pakistan. Selamat Mencuba.

kari
kari
Advertisement