Potato Cronquette
Potato Cronquette

Potato Cronquette

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari selasa lepas ros buat patato cronquette ni, nak nyebutnye punye lah payah, tapi kalau kt jepun diaorong dok panggil potato korokke, femes gak menu ni kat sini, budak-budak suke sangat, ros guna kan daging mince myhalal corp, letak byk sikit, baru sedap makan kan, kombinasi daging dan kentang tu memang sedaplah, ala-ala pegedil sikit rasanya, tapi luarnya lebih rangup sebab gunakan breadcrumbs, resepi ros ikut cara kak Yani Myresipi, izinkan ros kongsikan di sini ya Kak Yani…Halal Ya….: ) walaupun agak leceh membuatnya, tapi sangat berbaloi bila dah siap, puas hati bila buat sendiri kan. Selamat Mencuba.

Potato Cronquette
Sumber Resepi Asal: Kak Yani Myresipi
Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

MyHalal Corp Daging Mince 500gram ( ros gunakan daging mince ni)

Bahan-bahan ( 8 ketul )

4-5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
50g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung
minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Rebus ubi kentang sehingga masak
2.Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
3.Potong dadu bawang besar.
4.Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
5.Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
6.Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
8.Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
9.Goreng dalam minyak penuh.

-ros masukan juga 1 sudu besar telur dalam adunan kentang dan daging tu, telur sebagai agen pelekat, adun sebati dan bentuk-bentukan nye.

Nota: Ros buat dua bentuk, satu bujur memanjang dan satu bulat leper, kalau nak buat bentuk lain pun boleh, ikut lah tahap kerajinan masing-masing ya, dan kalau boleh jangan goreng lama sangat, nanti terperang dan disarankan guna api sederhana bila goreng korokke ni.

Potato Cronquette
Potato Cronquette
Potato Cronquette
Potato Cronquette
Potato Cronquette
Potato Cronquette