German Cookies
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Melt in mouth German Cookies

sumber rujukan dan resepi asal: Kak Rima Bisous A Toi dan Che Mat Gebu Tiffinbiru.com
telah dicuba dan digandakan kuantiti bahanye oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

BAHAN-BAHANNYA 🙂

250 gram mentega
250 gram tepung kentang/potato starch ( kat jepun ni ros guna katakuriko aka tepung kanji kentang)
160 gram tepung gandum
100 gram gula castor
Secubit garam (resipi asal tak letak) – ni ros tak letak

untuk topping gula, sedikit gula castor dan beberapa titik pewarna pink, biru dan ungu digaul sebati.

CARA MEMBUATNYA 🙂

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.

2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

– cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak.

Nota: Bila dah gandakan bahan-bahan ni ros perasan doh nye agak lembik sikit, jadinya ros tambahkan lagi dalam 2 sudu besar tepung kanji kentang, supaya senang untuk di bulat-bulatkan.

German Cookies
German Cookies
German Cookies
German Cookies
German Cookies
German Cookies