Lepat Pisang
Lepat Pisang

Lepat Pisang

Akhrinya ros guna juga daun pisang yang lama kejung dalam peti ais tu, ros beli daun pisang ni kat baticrom, dua lembar daun pisang ni harganya lebih kurang 298yen lah , kalau convert duit mesia RM11, kalau kat kampung amik je belakang rumah, berapa pelepah pun boleh, free je, tapi dah duduk merantau ni, kena lah beli, lagipun kat jepun ni mane ade jual daun pisang kt supermarket, heheehe, orang jepun pun tak tanam pisang, kalau lah buleh tanam pisang ni kat laman rumah kan best, kununnye nak buat kuih koci pulut hitam, tapi malasnya nak buat inti, tu yang jadi lepat pisang je, call Mak kat kampung tanya resepi, al- maklumlah first time buat, mane reti, bila tanya bahan dan cara-caranya tak lah susah sangat, laju je ke dapur terus buat, resepi ade kat bawah ni ye. : )

bahan-bahanya – sumber resepi Mak Kesayanganku : )

3 biji pisang ranum – dilenyek
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar gula
1 senduk santan pekat
daun pisang secukupnye

Cara-caranya

1. Panaskan pengukus, kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati, adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.

2. Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas, kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

Nota: Kalau nak letak kelapa parut sebagai inti pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, ros tak letak sebab ros lebih gemar lepat pisang yang biasa, sambil-sambil ros masak lepat pisang tu, sempat jugaklah ros buat mee udang sebagai menu dinnner kami semalam, cepat masak, cepat rehat : )

Lepat Pisang
Lepat Pisang
Lepat Pisang
Lepat Pisang