Hati Ayam Tumis Cili Padi
Hati Ayam Tumis Cili Padi

Hati Ayam Tumis Cili Padi Bersama Kacang Buncis

Bahan-bahannya

200gram hati ayam

1/2 paket kacang buncis ( boleh ganti dengan kacang panjang)

3 biji bawang merah ( mane nak dpt bawang merah kt jepun ni, ros guna hirisan bawang besar)

1 ulas bawang putih

4 biji cili padi ( kalau nak pedas lagi boleh tambah)

garam

sedikit serbuk kunyit.

Cara-caranya

1. Rebus dahulu hati ayam bersama 1 keping asam gelugor dan 1 sudu kecil garam, tapi jangan lama sangat rebus tu, agak-agak lah hati tu dah separuh masak, angkat dan toskan.

2. Kemudian tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga hancur, kalau nak cincang halus pun boleh. Ros cincang halus je, sbb takde lesung batu.

3. Hiris serong kacang buncis dan hati ayam dipotong 2 atau 3 bahagian kecil , panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi, hingga agak garing, masukkan serbuk kunyit dah hati ayam. Kacau sebati.

4. Jika terlalu kering masukkan suku cawan air, akhir sekali masukkan kacang buncis dan sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Bila kacang buncis agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Ros kalau ade hati ayam, memang suke masak macam ni, hati tu lepas rebus, kalau nak goreng kejap pun boleh, ikutla cara masing-masing ya, ros klu dah siap goreng tu, nnt tak jadi lauk lain, asyik nak meratah je hihi. Lagi satu kalau nak masukkan hirisan pedal ayam pun boleh, lagi menambahkan rasa pada lauk ni. Pada yang kurang darah tu menu ini amat sesuai, boleh variasikan dan tambah je sayur kegemaran anda.

Hati Ayam Tumis Cili Padi
Hati Ayam Tumis Cili Padi