ButterMilk Doughnuts
ButterMilk Doughnuts

ButterMilk Doughnuts

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, masa pergi kedai barang-barang bakery tempoh hari, ros ade jumpe buttermilk yang dah siap dibotolkan kecik-kecik, terus capai sebotol, tapi dah lama kat rak dapur tu, tak guna-guna, kelmarin ros buat donut, saje je ros masukkan 3 sudu kecil buttermilk ni, gabra gak bila tunggu hasilnya tu, tapi bila membentuk donut tu, harum semerbak bau butter milk ni, bila dah goreng tu, fuhhhhh….tak terkata lah akan kelembutan dan aroma butter milk ni, tak rugi lah ros masukkan dalam adunan tu, ros memang suke ber-eksperimen di dapur, campur ape yang ade.

ButterMilk Doughnuts
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

2 sudu kecil baking powder
180 gram tepung roti
220gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
3 sudu kecil buttermilk ( beli kat kedai bahan bakery seperti gambar di atas)

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ini nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: ros bulat-bulatkan kecil juga donut ni, jadi macam donat ball, sebab anas suke sangat makan donut ball, cucuk kat lidi sate, bila anas nampak terus dia bawak lari, bercucuk-cucuk jugak dia makan : )

ButterMilk Doughnuts
ButterMilk Doughnuts
ButterMilk Doughnuts
ButterMilk Doughnuts
ButterMilk Doughnuts
ButterMilk Doughnuts
Advertisement