
Bun Pandan Inti Kelapa
Kalau roti inti kelapa ni kegemaran Abah ros, teringat pulak masa kecik-kecik dulu, abah selalu beli roti inti kelapa buat kami adik beradik, ros suke inti kelapa sebab wangi dan paling penting inti nye tu senang je nak buat, ros guna resepi bun pandan bagi menaikkan seri rupa bun ni, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, bun pandan inti kelapa ni amat sesuai dijadikan menu sarapan atau menu high tea, nak guna kelapa parut yang fresh pun boleh, tapi ros kt Jepun ni guna jelah kelapa kering, janji ade rupa dan rasa tu pun dah memadai. : )
Bahan-bahannya
( Bahan Doh)
250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar water roux
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit pewarna hijau
(Bahan Inti)
3/4 cawan kelapa kering+1sudu besar gula+1 sudu besar gula merah+ satu helai daun pandan
(Bahan topping)
sedikit kelapa kering
Caranya.
1. Buat Inti Kelapa, didalam kuali campur kelapa kering bersama gula merah dan gula putih serta sehelai daun pandan, letakkan juga sedikit air, gaul sebati dan kacau beberapa minit angkat dan ketepikan.
2. Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan topping, dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
3. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan isi bun dengan satu sudu kecil inti kelapa, susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian glis roti dengan 1 sudu kecil susu+beberapa titik madu dan tabur dengan kelapa kering. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.
5. Setelah masak sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.
Nota: Ros gunakan water roux dalam adunan ni, hasilnya bun pandan inti kelapa ni lembut dan gebus je sepanjang masa, water roux juga boleh diganti dengan bread improver or bread softner.




