
Kuih Bom Bijan Hitam
Salam dan selamat pagi semua, ros dah lama nak makan kuih bom bijan ni, suke sangat, tapi intinya tu ros letak kacang merah, dan ros salutkan dengan bijan hitam, ade dua biji je ros letak bijan biasa tu, bila makan dua-dua kuih bom tu , ternyata yang disalut bijam hitam lagi sedap, terasa sangat bila dikunyah, resepi ros ikut respi kak noreen di Myr, terima kasih ya kak, ros buat separuh adunan dari bahan di bawah. : )
Kuih Bom
sumber resepi: Noreen@myresipi.com
Bahan-bahan ( 10-11 biji )
50-60gm bijan ( ros guna bijan hitam)
Minyak utk mengoreng
Bahan-bahan doh:
200-200gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur ( x letak sbb takde stok)
190-200ml air
Sedikit garam
Bahan-bahan inti kelapa: ( ros gantikan dengan inti kacang merah)
60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut
Cara-cara
1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parutt, kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
3. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
4. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
5. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
6.Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
7.Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
8. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
9. Dan siap untuk dimakan
10. Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:
1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 2. Minyak jgn terlalu panas. 3. Jgn menggoreng terlalu lama. 4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.
Nota: ros rasa masa ros buat adunan ni, terlembik kot, sebab tu lah merekah sikit, tak pas lagi buat kuih ni, kena cuba lagi lah nampaknya, tapi yang penting rasanya memang lah sangat sedap : )

