Kueh Teaw Kung Fu ( Kishimen)
Kueh Teaw Kung Fu ( Kishimen)

Kueh Teaw Kung Fu ( Kishimen)

Sumber resepi: Hanis @ Myresipi.com
Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan ( 1 orang )

kueh teow ( ros guna kishimen)
2 biji telur
lada hitam / lada putih
mix seafood ( ros guna udang dan sotong)
lobak merah
1 1\2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
sayur-sayur ( ros guna, brokoli, kobis dan lobak merah, sedikit satsuma age ( fishcake) dan putik jagung
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
sos tiram

Cara-cara
1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.

2. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas.

3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.

4. balikkan supaya kedua-dua belah masak.

5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.

[untuk kuah]

1. tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.

2. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Nota: Ros letak banyak sikit serbuk lada hitam, dan ros tak letak hirisan cili padi, sebab takut terover pedas. Menu lengkap dengan segala khasiat dan vitamin.

Kueh Teaw Kung Fu
Kueh Teaw Kung Fu
Kueh Teaw Kung Fu
Kueh Teaw Kung Fu
Kueh Teaw Kung Fu
Kueh Teaw Kung Fu