Kek Coklat Tanpa Telur ( Super Moist)
Kek Coklat Tanpa Telur ( Super Moist)

Kek Coklat Tanpa Telur ( Super Moist)

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, semalam lepas asar ros buat kek coklat tanpa telur ni, memanglah sangat super moist nye, yang penting tanpa penggunaan telur dan alatan mixer, hanya guna hand whisker tu je, sangatlah senang dan cepat bagi ros, ni first time ros cuba kek kak DayangJack yang super femes ni, rata-rata kawan blogger masak ramai dan cuba, hasilnya cukup sedap, anak-anak suke, ummi nye suke, abang pun kata oishiii, ade beberapa bahan yang ros ganti mane yang patut, menderhaka sikit dari resepi asal, tapi nasib baik hasilnye tetap mantop, heheehehe, ros mula-mula search resepi ni kat myresipi, kak Dayangjack ade letak kt situ, dan kalau nak refer kat blog Dapurku Sayang kak Dayang pun ade, jangan lupa cuba tau, kek ni ros bakar dalam acuan petak yang kecik tu je, kira ngam-ngam lah, kalau nak buat dlm acuan bulat 18cm or 20cm tu silalah gandakan kuantiti bahan-bahanye ya, pada kak Dayangjack, izinkan ros share di jintanmanis.com ya, halal ya kak, terima kasih banyak-banyak, sayang kak Dayang : )

Kek Coklat Tanpa Telur ( super moist)
Sumber resepi: Kak DayangJack Myresipi atau di Blog Dapurku Sayang
Telah dicuba oleh : rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang), ros guna pure cocoa morinaga ( tapi tak sampai setengah cawan pun, takut pahit sbb pure cocoa, ros tambahkan tepung gandum sikit supaya jumlah nye setengah cawan juga)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang, ros guna 3/4 cawan gula biasa
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco, ros ganti krim sapuan coklat pada roti
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung, ros guna minyak masak sayuran
1 sudu kecil cuka atau jus lemon ros ganti dengan cuka sushi.

untuk topping, ros guna coklat bar meiji black, guna kaedah double boiler, masukkan sedikit susu segar dan 1 sudu kecil madu, biarkan cair dan toppingkan atas kek coklat, taburkan juga sparkling dan coklat urai sebagai hiasan.

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

3.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4.Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5.uangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. ( ros bakar 40 minit)

Nota: Kalau nak guna acuan muffin pun boleh, senang budak2 nak makan, dan topping nye tu bolehlah ikut selera masing-masing ya.

Kek Coklat Tanpa Telur
Kek Coklat Tanpa Telur
Kek Coklat Tanpa Telur
Kek Coklat Tanpa Telur
Kek Coklat Tanpa Telur
Kek Coklat Tanpa Telur
Kek Coklat Tanpa Telur
Kek Coklat Tanpa Telur