Ebi Mayo
Ebi Mayo

Ebi Mayo

Sumber Resepi dari Kak Hani Yokohama, ros copy dari Myresipi, terima kasih kak hani atas resepi yang ringkas dan creamy ni, ros suke sangat-sangat, mesti ade siaran ulangan nanti ni. : )

Bahan-bahanya untuk 4 orang makan

30 ekor udang (kupas kulit belah belakang
garam secukup rasa
1sb air perahan halia
2 sb tepung ubi
minyak untuk menggoreng
5 sb mayones
1 sb condense milk
salad (lettuce, cucumber, celery – potong nipis memanjang)

Cara-cara

1. Basuh bersih udang, gaul dengan garam dan air halia. Ketepikan sebentar.
2. Potong sayuran, letak dalam pinggan.
3. Dalam bowl, kacau mayones dengan condense milk.
4. Panaskan minyak. Gaul 1 dengan tepung ubi. Goreng hingga kekuningan, tos minyak. Masukkan kedalam 3, gaul rata. Hidangkan diatas 2. Siap Untuk Dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Ros buat sikit je hari tu, udang tak sampai 10 ekor pun, tapi guna udang saiz besar lah, baru sedap makan, ni kiranya kombinasi antara menu utama dan salad, makan satu lauk ni je pun dah cukup dah bagi ros. hihihi : ), terima kasih sekali lagi kak hani, atas resepi yang maveles ni.

Ebi Mayo
Ebi Mayo
Ebi Mayo
Ebi Mayo