Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera

Donut Tofu Segera

Ros buat donut tofu segera ni hari selasa lepas, buat minum petang, nak buat donut ni tak payah perap-perap, masa menguli pun tak sampai 10 minit, ros guna campuran tepung pancake, atau hottokeki, resepi asal ros dapat dari buku masakan jepun, dan di bawah ni ros dah siap translate kan untuk rujukan kawan-kawan, tak rugi lah mencuba resepi ni, donut yang lembut, sedap dan tak terlalu manis, kiranya memang segera lah donut ni, kalau ade tamu datang on tiba-tiba pun boleh lagi jamu dengan donut tofu express ni, ros buat tiga version, satu biarkan kosong, kedua ros salut sugar powder dan ketiga ros celupkan dengan cookinc coklat dan tabur coklat rice, kejap je licin semua tu…: ) bahan pun guna dua je…

Bahan-bahanya ( resepi asal dari buku urawaza masakan jepun)

200gram pancake mix

120 gram tofu ( guna tahu lembut yang warna putih tu)

Cara-caranya

1. taufu dihancurkan, kemudian masukkan pancake mix, gaul sebati, dan bentukkan seperti donut, ambil donut cutter dan terap donut, akhir sekali goreng dengan minyak panas hingga keperangan, angkat dan hidangkan. Hias donut ikut selera masing-masing, Selamat Mencuba.

Nota: Boleh dapat dalam 7 ke 8 biji donut saiz sederhana, kalau guna donut cutter lah, kalau takde boleh bentukkan donut macam biasa, atau tekan dengan mulut gelas. Anak-anak pasti menggemarinya, amat sesuai untuk menu sarapan atau minum petang.

Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera
Donut Tofu Segera